Sahabat tau tak dalam rukun iman, Beriman kepada Malaikat ni tangga yang keberapa??^^Kalau nak tau dalam rukun iman, Beriman kepada Malaikat ni berada dalam tangga yang kedua. Lihat pada senarai rukun iman di bawah ni oK...^^
Rukun Iman
1) Beriman kepada ALLAH SWT
2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
3) Beriman kepada Kitab-kitab
4) Beriman kepada Rasul-rasul
5) Beriman kepada Hari Kiamat
6) Beriman kepada Qada dan Qadar
Beriman kepada malaikat beerti yakin akan kewujudan mereka. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui malaikat yang berada di alam ghaib. Malaikat tidak minum mahupun makan SERTA tidak tidur dan tidak pula mempunyai jantina, baik lelaki mahupun perempuan...
Malaikat ni seperti manusia ke??^^...Sebenarnya tidak...banyak perbezaan antara malaikat dan juga manusia..Malaikat diciptakan oleh Allah S.W.T. daripada nur (cahaya) sama seperti Allah S.W.T. menciptakan jin daripada api....
Selain itu, malaikat juga sering disebut dalam ayat Al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w. Bukan sahaja Rasulullah tapi para rasul yang lain juga banyak bercerita tentang kewujudan malaikat.
Antara ayat Al-Quran yang menyatakan tentang kewujudan malaikat ialah :
"Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan (untuk mengurus pelbagai jenis urusan) yang mempunyai sayap (ada yang) dua, tiga dan empat. Allah menambahkan pada ciptaan-Nya apa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
(Surah Fatir 35:1)
"Pada hari mereka melihat malaikat, di hari itu tidak ada khabar gembira bagi orang yang berdoa dan mereka berkata: "Hijran mahjura."
(Surah al-Furqan 25:22)
"Barangsiapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah adalah musuh-musuh orang yang kafir."
(Surah al-Baqarah 2:98)
"Dan (ingatlah) hari (yang waktu itu) Allah mengumpulkan mereka semuanya, kemudian Allah berfirman kepada malaikat: "Apakah mereka ini dahulu menyembah kamu? Malaikat-malaikat itu menjawab: "Maha Suci Engkau! Engkaulah pelindung kami bukan mereka, bahkan mereka telah menjawab jin. Kebanyakan mereka beriman kepada jin itu."
(Surah Saba' 34:40-41)
"Hendaklah kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, Hari Kemudian dan hendaklah kamu beriman kepada Qadar baik mahupun buruknya."
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab al-Iman, Hadith pertama dan Bukhari dalam kitab al-Iman, bab "Sual al-nabi 'an al-iman wa as-Islam wa al-Ihsan wa 'Ilmu al-sa'ah.")