Thursday, 22 August 2013

mutiara kata

  • ~ "Jadilah lelaki yang soleh, Insya-Allah akan muncul seorang solehah sebagai pasangan hidupmu!"
  • ~ "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula)." -an-Nur : 26-
  • ~ "Eratkan dirimu dengan manusia untuk mengetahui masalah mereka, eratkan dirimu dengan Allah untuk membantu mereka menyelesaikannya!"
  • ~ "Kita membina rumah dengan apa yang kita dapat tetapi kita membina rumah tangga dengan apa yang kita berikan."
  • ~ "Jangan bimbang jika diri tidak dihargai tetapi bimbanglah jika benar-benar diri tidak berharga."
  • ~ "Kita boleh menyayangi tanpa memimpin, tetapi kita tidak akan boleh memimpin tanpa menyayangi."
  • ~ "Siapa yang lebih cinta, dia akan lebih banyak memberi."
  • ~ Sabda Rasulullah S.A.W : "Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik dan kenderaan yang bagus." (Riwayat Ibnu Hibban)
  • ~ "Semuanya indah bila bercinta kerana Allah. Bertemunya tidak jemu. Berpisahnya tidak gelisah."
  • ~ "Iman itu bukan perhiasan dan angan-angan, tetapi satu keyakinan yang mantap di hati serta dibuktikan oleh tindakan."
  • ~ "Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia."

No comments:

Post a Comment